PENGIKUT BLOG INI...

Monday, November 14, 2011

Ulangtahun perkahwinan ke 5..alhamdulilah

video
Tak sangka sejauh ni perkenalan kami. Alhamdulilah segala ranjau tabah kami hadapi. Syukur ku ke hadrat Ilahi kerana menemukanku dengan suamiku Faizul Asar. Terima kasih kerana menerima ku seadanya dan menyayangi kami sekeluarga...Ya Allah kau cucurilah Rahmat dan Kasih atas jalinan perkahwinan ini amin.

Wednesday, November 2, 2011

Wardina Safiyyah role model seorang IBU...

Hari ni saya tertarik dengan satu artikel dari seorang sahabat blog "sakinah sulaiman" . Dia paparkan apa yg di amalkan wardina kepada anak2 nya.

"Memetik perkongsian yang kak wardina ni share dalam Notes di FB beliau on how dia mengajar anaknya solat:
“i always kiss her at the head and

say "Barakallahufiha" Ya Allah make my Amna a good Muslim Ya Allah....make her

never miss her solat Ya Allah.....kuat2 bagi dia dengar...”

Another story:

kalau dia tinggal - DENGAN sengaja, i take the rotan and hit her on her tapak

tangan slowly, just as a reminder. After that i hug her and tell her i love

her, and i just want her to remember.

Saya juga dengan ini nekad hendak mendidik anak2 saya menjadi muslimah kerana saya tidak mahu anak2 saya lalai dalam tanggungjawab terhadap Allah. Saya setuju dengan Puan Wardina yg mengatakan bahawa cara didikan anak dulu dengan sekarang sangatlah lain. Oleh itu tiap kali kita bersolat kita jangan lupa doakan anak2 kita supaya menjadi anak yg solehah. Sayangilah anak kita dengan berikan mereka kasih sayang dan peluklah dan cium lah mereka tiap hari...
 
Wasalam

Antara manusia..harta benda..saham akhirat..amalam dunia

Salam semua,
Hari ni nak bicara tentang kehidupan kita di muka bumi Allah ni. Rasa-rasanya cukup tak masa yang kita ada sekarang ni. Saya rasa macam tak cukup je. Sebabnya waktu kita kerja jam 8 keluar rumah, naik train ke tempat kerja dan kerja habis jam 6.30 petang. Balik kena tengokkan anak dan masak apa yg patut. Then jam 10 naik masuk bilik.Begitulah rutin harian saya setiap hari menguruskan keluarga kadangkala penat dan stress di tempat kerja eh bukan di tempat kerja tapi travelling yg selalu buatkan saya stress dan tiada mood. Tanggungjawab sebagai isteri dan ibu saya laksanakan sebaiknya namun begitu kadanglaka terbit kekesalan di hati kerana tanggungjawab mendidik anak itu sepatutnya di bahu saya bukannya pada orang lain. Namun kekangan pekerjaan dan tuntutan kehidupan yang buatkan kita semua sama terpaksa harungi perkara-perkara sedemikian.

Kadang orang melihat kita sempurna dengan keluarga yg penyayang dan semuanya lengkap. Namun beban yang terpaksa di tanggung ini kadangkala buatkan kita terfikir belajar tinggi pun dengan gaji yang selesa masih belum mampu puaskan hati sesetengah pihak. Pendek cerita kami yang mencari kerja di bandar ini bukannya kaya untuk menampung sesetengah permintaan yang bg kami tinggi dan tidak mampu saya tunaikan. Kami bukannya bank yg mudah keluarkan wang kerana memikirkan komitmen tinggi dalam kehidupan bekeluarga. Bukannya hidup di bandar ini enjoy sepanjang masa. Tetapi kerja-kerja-kerja sampai la mati.Sampai anak dah besar pandai bawa diri...

Alangkah bagusnya kalau manusia tersebut tahu betapa payah dan peritnya kami semua yg bekerja di bandar ni semata-mata untuk  menampung kehidupan. Duduk dan rasa lah bagaimana kami semua kerja di pagi hari balik di malam hari. Bagaimana kami menguruskan wang untuk kadar yg cukup untuk keluarga. Ini tidak minta bermaca-macam hinggakan kami semua terasa di pergunakan seperti produk untuk masa depan untuk puaskan hati pihak berkenaan.

Semalam apabila terbaca satu petikan ayat di wall seorang sahabat, :-

Jgn bangga berkulit putih kerana kulit terakhir kita = TANAH LIAT


jgn bangga dgn... rumah bagus dan besar kerana rumah terakhir kita = KUBUR

Jgn bangga dgn baju bagus kerana baju terakhir kita = KAIN KAFAN

Jgn bangga dgn kereta & motor besar ,krn kendaraan kita yg terakhir = KERANDA

Tapi yg terjadi sekarang ni manusia berebut-rebut kumpul harta walaupun bukan semua harta tersebut milknya. Saya suka menyebut namanya sahaja sebagai "perempuan" kerana sering membezakan kasih sayang dan segala-galanya dalam institusi kekeluargaan. Suka bangga dengan kemewahan di kecapi bukan dengan titik peluh sendiri. Ini Blog saya dan saya hak untuk luahkan apa yg terbuku di hati saya. Saya dah semakin jelak dengan sikap dan kepura-puraan "perempuan " ini. Dia lah perosak dan ulat yg makan seisi keluarga. Suka melihat orang lain susah dan paling saya tidak berkenan adalah ILMU yang di pakainya dan bagaimana saya tahu perkara ini kerana anak-anak saya sering menangis tiap kali pulang kampung. Suami pula dia bodohkan dan diam andai "perempuan" ini bicara dengan kesat dan memarahi di depan orang lain. Tidak wajar rasanya "perempuan" sebegini di hormati.
 
Saya sangat berharap andai di takdirkan tulisan saya sampai di sini , semua saudara-mara baik dekat mahupun jauh nasihati "perempuan" perosak ni supaya hentikan sandiwara dia, hentikan perbuatan Syirik..bertaubat dengan ikhlas dan jagalah diri serta martabat sebagai seorang wanita...
 
sekian..

Tuesday, October 18, 2011

Yue Yue - budak kecil yg di langgar 2 kali dalam koma

http://thecomingcrisis.blogspot.com/2011/10/yue-yue-still-fighting-for-her-life-as.html

The horrific video footage of a two-year-old Chinese toddler being run over twice and then ignored by 17 people has shocked and stunned the world.

The incident took place in Foshan City, Guangdon province, where a surveillance video captured a van running over a toddler and then driving away, leaving the child bleeding in the middle of the road. The injured baby, a girl called Yueyue, was callously ignored by more than a dozen people who walked and drove past her. Worse still, the child was hit for a second time, by a truck.
A total of 17 people passed by, before a garbage-collecting woman picked up the bleeding body and called for the child's mother.
According to a state media report on Tuesday, Yueyue is fighting for her life. She is in a coma and in critical condition, at the Guangzhou Military District General Hospital.
“Although saving people constantly brings "trouble", nonetheless, ignoring the dying or even helping with evil acts by negligence is ripping apart society’s ethical baseline and dissolving any sense of conscience deep in the souls of the public,” commentator Li Hongbing wrote, in Tuesday’s People’s Daily.
The drivers who ran over the child have been arrested. However, the acts of indifference by people who saw the bleeding and dying child on the street but chose not to come to her aid has resulted in strong criticism worldwide. Source

- Sedih mengenangkan nasib si kecil yg masih bertarung nyawa di hospital. Di sebabkan masyarakat yg tidak mahu menolong dan tidak langsung mengendahkan perkara ini, nyawa si kecil ini dalam bahaya. Takutnya jika perkara ini terjadi di Malaysia.

Friday, October 7, 2011

Apa nak jadi?

Hari ni ada terbaca news pasal bapa meliwat bayi umur 23 hari. Mana letaknya kewarasan sang bapa ni? Saya rasa amat marah dan sedih dengan perkara sebegini. Kita sendiri yang melihat wajah anak yg sayu pun tak tergamak rasanya nak sakitkan mereka. Ingatlah sahabat saya sekelian anak adalah amanah Allah kepada kita. Kenapa harus kita khinati amanah tersebut kan?

Kita tinggalkan sejenak dengan isu tersebut sbb saya nak bicara mengenai budget 2012. Pada saya amat baik untuk rakyat kerana banyak memihak dan membela rakyat lagi2 di sektor pendidikan. Apa yang saya harapkan adalah nilai pendidikan itu sendiri dapat betul betul mendidik anak -anak kita nanti. Saya sebenarnya takut nanti ada yang jadikan profesyen perguruan tu sebagai nilai mendapat gaji yg tinggi bukannya tugas mendidik anak-anak bangsa.


Guru-guru harus ingat kini tanggungjawab mereka amatlah berat. Tidak seperti zaman kita dahulu senang di didik dan mengikut kata guru. Anak-anak zaman sekarang agak sukar untuk di didik tak kira latarbelakang miskin or kaya semuanya bergantung kepada didikan ibu bapa.

Kalau kita perasan sekarang anak-anak bercakap kasar dengan ibu bapa. Tiada adab terhadap orang tua dan masa sering di habiskan di rumah bermain game berbanding bersosial dan berkomunikasi dengan keluarga mahupun saudara mara. Saya lihat sendiri persekitaran adik-adik saya membesar pun sama. Mereka lebih suka sms rakan buka online facebook , atau main game berbanding luah masalah dengan keluarga. Seolah-olah melekat pada handphone peribadi berbanding berbual-bual sesama adik-beradik lain.

Kalau di sekolah pun sama rasanya. Berbalik kepada tugas guru tadi sekiranya kita hanya mengajar semata-mata tanpa dekati pelajar pun tiada gunanya juga. Dalam statistik suratkhabar minggu ini pelajar di lihat semakin stress dengan masalah pelajaran dan keluarga. Saya rasa saya faham dengan masalah ini. Ibu bapa zaman sekarang kebanyakannya kerja untuk memberi kehidupan selesa kepada anak-anak. Oleh sebab itu masa di habiskan bersama anak-anak sangat kurang. Remaja khususnya boleh terjebak dengan pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan maka terjadilah kehamilan luar nikah. Oleh itu guru harus jadi pembimbing bagi membimbing pelajar ini bukannya mengelak. Dekati mereka dan dengar luahan mereka agar mereka tidak terjebak dalam aktiviti kurang sihat.

Apapun tahniah wahai guru-guru sekelian kerana PM telah memberi insentif yang cukup baik dan sangat memahami tanggungjawab dan beban guru masa kini. Didiklah anak-anak kami dengan baik dan ikhlas semoga apa yang anda lakukan mendapat pahala berterusan. ILMU itu sampai bila pahalanya tidak putus...besarkan pahala tu..wallahualam...

Saturday, September 17, 2011

Alisha Liyana 1 Tahun

Tak sangka anakku Liyana dah setahun umurnya. Rasa macam sekejap jer masa berlalu. Dalam pada hari kelahirannya tu aku sangat bersyukur kerana karenahnya tidak la lasak sangat. Yana ni lebih lemah lembut dan agak pendiam. Namun yg buat aku bersyukur lagi adalah kerana semasa mengandungkan Yana aku hampir2 di bedah Doktor yg mengatakan bahawa Yana mungkin di luar rahim. Pasa masa tu sangat la takutnya akan di bedah dan Doktor kata ada kemungkinan saluran peranakan aku akan di buang satu. Hanya Allah sahaja yg mengetahui betapa hancur jiwa ini bila Dr nak keluarkan Yana dari tiub. Namun hati aku kuat mengatakan bahawa bayi ini ada dan aku tetap dengan pendirian untuk menunggu selama seminggu kemudian memeriksa lagi kandungan ini.
Aku berjumpa DR Wan Ratna Iza, putra Med Cen. yg mengatakan bayi ada di dalam rahimku. Aku sangat gembira dan sayu kerana sekiranya aku setuju dengan pandangan Dr Mohan dari Sg BUloh Hospital mesti dah selamat di bedah dan Yana di keluarkan dari rahimku. Aku pelik kenapa Dr sg buloh tak dapat lihat dan dengar denyutan jantung bayiku. Apapun selamat dah semuanya. Yana pun membesar bagai Johan dan sangat manis orangnya bila tersenyum. Semoga anak mama sihat selalu dan boleh bermain ngan Kak Aliya

Friday, July 22, 2011

Kisah Norma dan Talib(Nora ELENA)

Dalam kesibukan aku mengedit call no yg salah dalam Db sempat aku tgk FB. Tertengok la fb MADIHAH sahabatku yg sama-sama belajar di uitm dulu. Tertengok la link norma dan talib ni. Aku rasa suami macam Talib ni satu dalam seribu yg di uji dengan ujian berat. Dah la baru jer kawen..baru je dapat anak..isteri plak di timpa tumor otak. Kawan2 semua boleh lihat di blog saudari Moon..




http://miera301.blogspot.com/2011/06/update-norma-2nd-cycle-radiotheraphy.html

Bawah tu semua update kisah merpati ..kasih ni...sama2 kita berdoa kawan2..saudari Norma cepat sihat..amin...